Peruntukan pembangkang: Boleh datang runding secara individu – Fadillah

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih terbuka berbincang dengan ahli Parlimen pembangkang ‘secara individu’ berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili kerajaan bagi rundingan itu berkata, rundingan secara berkumpulan tidak lagi dibenarkan memandangkan Perikatan Nasional (PN) telah membuat keputusan menolaknya pada 15 September lalu.

“Itu keputusan parti itu sendiri.

“Tugas saya hanya berunding, kalau tak nak runding saya pun tak boleh buat apa-apa,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Pada Rabu, Fadillah berkata, pintu rundingan berhubung MoU berkait peruntukan pembangkang ‘sudah ditutup’ memandangkan keputusan PN menolaknya sebelum ini.

Pada 15 Sept lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PN sebulat suara menolak draf MoU itu atas sebab empat sebab antaranya didakwa bertentangan Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Sehari selepas penolakan itu, Fadillah mendedahkan dua draf MoU sebagai maklum balas kepada pihak pembangkang yang dikatakan lebih gemar membuat kenyataan melalui media, bagi membuktikan ketelusan Kerajaan Madani.

Beliau turut mengalu-alukan pembangkang memberi cadangan baharu atau maklum balas.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bulan lalu mendedahkan hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi maklum balas rasmi namun PN bersikap sebaliknya.

Sementara itu, Fadillah berkata, beliau telah menerima surat daripada Syed Saddiq menerusi e-mel dan penelitian sedang dilakukan terhadap cadangan yang dikemukakan itu.

“Ini akan dibawa kepada whip-whip kerajaan untuk berbincang. Saya akan memanggil Ahli Parlimen Muar (Syed Saddiq) untuk memberi maklum balas berhubung apa yang dikemukakannya,” katanya.

Related Posts

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

MARAN – Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM450 juta bagi membiayai kerja membaik pulih dan pembinaan rumah baharu bagi petugas FELDA di tanah rancangan di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

KUCHING – Tindakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dibidas kerana disifatkan sebagai tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0