KKDW fokus semua projek RMK12 Sarawak disiapkan

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini dilakukan sebelum kerajaan Pusat mengenal pasti projek baharu yang akan dimasukkan dalam RMK13.

“Sebagaimana yang pernah saya sebutkan bahawa jalan yang menyambungkan pekan atau bandar ke Lebuhraya Pan Borneo mesti diberikan keutamaan kerana kita mahu pembangunan itu melebar ke kawasan di perdesaan atau luar bandar,” katanya seperti dilapor Bernama selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Enteri Lengkoi, Samu Ulu Paku, dekat Betong, semalam.

Ahmad Zahid, juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan pusat komited dalam memastikan pembangunan seimbang yang berterusan di semua wilayah di Malaysia.

Beliau berkata, apa yang penting ialah jalinan kerjasama di antara kerajaan pusat dan negeri bagi memastikan pembangunan terus berlaku.

“Jalinan ini bukan hanya terdapat di dalam hubungan rasmi tetapi yang lebih penting adalah hubungan peribadi atau personal networking yang banyak membantu keselarasan… bukan soal pembangunan sahaja tetapi juga berimbangan kemajuan di antara wilayah,” katanya.

Related Posts

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

NIBONG TEBAL – Pelajar Tingkatan Enam bakal menikmati Elaun Sara Hidup berjumlah RM2,500 bermula tahun depan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, elaun di bawah Belanjawan 2027 itu akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket scam warga China guna homestay tumpas

PUTRAJAYA – Taktik sindiket penipuan warga China menyewa inap desa sebagai pusat panggilan dan sarang operasi haram terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA