Pemilik KDA FC alu-alukan hasrat syarikat konglomerat untuk ambil alih

ALOR SETAR – Pemilik majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengalu-alukan hasrat sebuah syarikat konglomerat untuk membeli keseluruhan kepentingan dan tanggungan kelab itu.

Beliau berkata, kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai memandangkan perniagaan dalam industri sukan bola sepak terlalu mencabar.

Sehubungan itu, katanya beliau ingin menjemput syarikat terbabit atau mana-mana individu atau syarikat lain yang berminat, untuk menghantar surat hasrat atau surat tawaran secara rasmi kepada KDA FC.

“Pihak pemegang saham KDA FC tidak ada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC.

“Masa depan KDA FC adalah lebih penting daripada mana-mana kepentingan yang lain,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah syarikat konglomerat terkemuka, DSAT Group Sdn Bhd menyatakan hasrat untuk mengambil alih kesemua kepentingan saham dan liabiliti dalam Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB) sekali gus menjadi pemilik baharu pasukan KDA FC.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek dilaporkan berkata, pihaknya berharap tawaran berkenaan akan dipertimbangkan oleh semua pihak berkepentingan yang berada dalam pengurusan tertinggi KDA FC bagi kebaikan semua pihak, terutamanya masa depan skuad Hijau Kuning.

Sementara itu, Mohd Daud turut memaklumkan bahawa sehingga kini KDA FC masih belum menerima bantuan atau penajaan berimpak tinggi daripada mana-mana pihak bagi menyelesaikan kemelut serta krisis gaji pemain yang tertunggak.

“Alhamdulillah, walaupun dalam serba kekurangan, pihak kelab masih mampu meneruskan operasi wajib pasukan seperti pengelolaan perlawanan di tempat sendiri mahupun tempat lawan dalam kos yang minimum.

“Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak terutamanya barisan penaja bersama, rakan rasmi dan pihak perseorangan yang memberi sumbangan tunai secara langsung dan tidak langsung kepada KDA FC demi membantu kelangsungan kelab sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, penyokong Sang Kenari juga tidak dilupakan dalam menyumbang melalui ekosistem perniagaan kelab, terutama melalui pembelian tiket ke Stadium Darul Aman untuk setiap perlawanan kerana ia amat bermakna kepada kelab .

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman