Lelaki warga asing mencurigakan, ditahan bersama pisau

TAWAU – Seorang lelaki warga asing yang bertindak mencurigakan berlegar-legar membawa sebilah pisau ditahan di tepi jalan Batu 3, Jalan Apas, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.35 tengah malam semasa suspek yang berkelakuan mencurigakan itu dilihat berada di kawasan berkenaan tanpa tujuan yang jelas.

“Suspek yang berusia 30-an itu kelihatan cemas dan bertindak agresif serta cuba melarikan diri daripada pemeriksaan sepasukan anggota Balai Polis Tawau.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan, pihak polis menemui sebilah pisau bersarung yang disembunyikan di bahagian belakang badan suspek.

“Suspek ditahan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya dalam kenyataan itu pada Jumaat.

Jelasnya, polis akan terus menjalankan siasatan lanjut termasuk latar belakang suspek bagi mengetahui keterlibatan sebarang kegiatan jenayah lain terhadap suspek berkenaan.

“Oleh itu, orang ramai turut diingatkan agar terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan komuniti setempat di daerah ini terjaga,” katanya.

Related Posts

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merekodkan penurunan panggilan kebakaran terbuka, namun operasi pemadaman hutan berskala besar kini tertumpu di tiga lokasi utama termasuk di Limbang. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan