Ibu tunggal cipta sejarah terbit dua aplikasi mudah alih dari puncak Gunung Kinabalu

RANAU – Seorang ibu tunggal lima anak mencipta sejarah selepas berjaya menerbitkan dua aplikasi mudah alih dari atas puncak tertinggi Malaysia, Gunung Kinabalu di sini pada Khamis.

Menurut Akademi Apps Master Builder (Akademi AMB), dalam kenyataannya, Kartina Abdul Ghani, 53, berjaya menerbitkan aplikasi hasil usahanya iaitu Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan serta Festival Sabah terus ke ‘Google Play Store’ dan ‘Apple App Store’, tepat pada pukul 6.27 pagi tadi.

“Kejayaan dan usaha gigih Kartina yang juga merupakan pengasas dan tenaga pengajar aplikasi mudah alih di Akademi AMB berupaya mencerminkan semangat juang dan kebolehan teknologinya dalam bidang pembangunan aplikasi.

“Pada 15 Oktober lalu Kartina memulakan pendakian pertamanya dan tiba ke puncak Gunung Kinabalu pada pendakian kelimanya hari ini,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Sehubungan itu, Kartina turut merancang untuk mendaki gunung tersebut sebanyak sembilan kali sehingga 9 November depan.

“Dalam ekspedisi yang cukup mencabar itu, Kartina menyasarkan untuk menerbitkan sembilan lagi aplikasi dalam ekspedisi tersebut.

“Selepas itu, Kartina juga akan meneruskan misi antarabangsanya ke Poland dan kemudian ke Kem Pangkalan Everest dengan harapan besar untuk mendaki puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada tahun 2026,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16