Selangor jaga semua kaum, termasuk India – MB

KERAJAAN Selangor komited membantu menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum termasuk masyarakat India di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelbagai bantuan disalurkan Kerajaan Negeri kepada segenap lapisan masyarakat adalah selaras dengan iltizam untuk membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat dan warganya yang bermaruah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM75 juta bagi menyelesaikan isu perumahan lebih daripada 1,200 keluarga melibatkan lima ladang di daerah Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Dengan semangat Malaysia Madani dan Kita Selangor, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM75 juta untuk menyelesaikan isu tertangguh melibatkan lima ladang iaitu Ladang Mary, Ladang Minyak, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Nigel Gardner dan Ladang Bukit Tagar.

“Inilah satu contoh jelas yang terkini dapat diselesaikan Kerajaan Negeri membela semua kaum, termasuk pembelaan perumahan yang melibatkan bekas pekerja ladang di lima ladang tersebut,” katanya pada perutusan Deepavali meneruis klip video di Facebook.

Amirudin berkata, dalam pendidikan Kerajaan Negeri membelanjakan RM59.6 juta untuk 151 sekolah di seluruh Selangor demi memperkasakan dan memberdayakan sekolah jenis kebangsaan Tamil sejak 2009 hingga 2023.

Jelasnya, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program subsidi tambang bas sejak 2013 yang memanfaatkan 26,200 anak-anak pelajar sekolah jenis kebangsaan Tamil sebanyak RM300 melibatkan peruntukan keseluruhan RM7.87 juta.

“Sementara itu, bagi rumah ibadat masyarakat India, khususnya kuil Selangor telah membantu untuk mengiktiraf dengan menggazetkan kawasan kuil sebesar 10,000 kaki persegi.

“Ia bagi memastikan rumah ibadat ini terbela dan dapat melaksanakan ibadah dengan rasa bebas tanpa ada gangguan tentang hak serta taraf tanah yang mereka duduki,” katanya.

Amirudin turut berharap perayaan Deepavali yang disambut hari ini akan menyatupadukan seluruh masyarakat di Selangor sebagai warga yang bersatu padu, saling faham memahami dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama