Dr Hisham Anip dilantik Ketua Pengarah METMalaysia berkuat kuasa 28 Okt

DR Mohd Hisham Mohd Anip dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohd Hisham sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (operasi) METMalaysia.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Mohd Hisham sebagai Ketua Pengarah yang ke-11 adalah antara usaha kerajaan untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan jabatan sebagai agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik di peringkat negara dan antarabangsa.

“Sepanjang 30 tahun berkhidmat, beliau sudah bertugas dalam pelbagai cabang meteorologi meliputi ramalan cuaca, latihan, ICT, instrumentasi dan pengurusan kualiti.

“Dengan pengalaman yang luas dalam bidang sains meteorologi, beliau turut dilantik untuk menganggotai pelbagai jawatankuasa dan kumpulan kerja pakar teknikal di peringkat nasional serta antarabangsa melibatkan bidang pengurusan bencana, ramalan cuaca dan banjir, perubahan iklim serta penyelidikan,” kata kenyataan itu, pada Isnin.

Mohd Hisham, 55, berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Sains Matematik dari Universiti Malaya, serta Sarjana dan Doktor Falsafah bidang Sains Atmosfera dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di Jabatan Meteorologi sejak 4 Mac 1994.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil