Anwar hargai jemputan Putin ke Sidang Kemuncak BRICS

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, atas jemputan Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, yang berlangsung semalam.

Perdana Menteri yang diwakili Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berjaya menyampaikan Kenyataan Negara berhubung misi dan visi Malaysia terhadap blok ekonomi yang dianggotai Russia, Brazil, India, China dan Afrika Selatan itu.

“Sekalung penghargaan kepada Presiden Persekutuan Russia, Vladimir Putin, atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai.

“Terima kasih juga kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang mewakili saya ke Kazan, bagi menyatakan kebersamaan Malaysia dalam usaha dan upaya kita melonjak kedudukan dan pendirian negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sidang kemuncak bertemakan ‘BRICS dan Selatan Global: Bersama-sama Membangun Dunia yang Lebih Baik’ ini diadakan susulan Sidang Kemuncak BRICS ke-16 dan menghimpunkan pemimpin negara serta menteri daripada sembilan negara anggota BRICS bersama wakil 20 negara jemputan bukan BRICS.

Menurut kemas kini @BRICSInfo dalam platform X, blok itu secara rasmi menambah 13 negara baharu ke dalam perikatan berkenaan sebagai negara rakan kongsi, walaupun belum sebagai ahli penuh.

Selain Malaysia, 12 negara lain ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turkiye, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Untuk rekod, pada 28 Julai lalu, Perdana Menteri mengesahkan Malaysia sudah menyerahkan permohonan kepada Russia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS.

Ketika menyampaikan Kenyataan Negara semalam, Rafizi menekankan isu kritikal bagi Selatan Global termasuk pembangunan mampan, reformasi sistem tadbir urus global dan situasi geopolitik yang semakin berkembang di Asia Barat.

Related Posts

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat