KPKM luluskan bantuan sebanyak RM1.29 juta kepada pesawah

ALOR SETAR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM1.29 juta bagi Tabung Bencana Tanaman Padi kepada 887 pesawah di Kedah.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, tabung bantuan itu di bawah penyeliaan LPP yang membabitkan lapan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) iaitu PPK Langkawi, Pendang Selatan, Kubur Panjang, Gurun, Pokok Sena, Kuala Nerang, Naka dan Asun yang membabitkan tanah seluas 1,649 hektar.

Katanya, bantuan itu diberi kepada petani akibat tanaman mereka terjejas teruk kerana bencana kemarau yang berlaku di Kedah pada Januari 2024 hingga menyebabkan petani kerugian berpuluh ribu ringgit.

“Dalam masa sama LPP Kedah juga turut mengambil tindakan segera berkaitan bencana banjir yang melanda Kedah baru-baru ini terutamanya di beberapa kawasan di bawah pengendalian PPK yang melibatkan tanaman padi di kawasan luar jelapang.

“Ini menunjukkan Kerajaan Madani hari ini sentiasa peka dengan masalah rakyat dan sentiasa membantu selepas mereka menghadapi bencana alam sama ada kemarau atau banjir. Bagaimanapun petani harus berterima kasih kepada PMX yang sentiasa mengikut perkembangan semasa isu bencana di negara kita ini,” ujarnya.

Menurut Mahfuz lagi, merujuk data permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah membuat bancian kerosakan padi yang melibatkan 13 PPK di Kedah.

Manakala anggaran kerosakkan keluasan kawasan padi ialah sebanyak 1,461.09 hektar membabitkan 767 pesawah dengan nilai kerugian sebanyak RM6,991,908.23.

“LPP Kedah sudah pun menyalurkan bantuan awal seperti bakul makanan kepada semua mangsa banjir yang terkesan baru-baru ini dengan nilai peruntukkan sebanyak RM190,000 membabitkan seramai 1,000 penerima.

“Sehingga kini LPP Kedah terus komited dan masih meneruskan bancian data mangsa banjir yang terbaharu untuk disalurkan bantuan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan kepada ahli-ahli peladang di bawah penyeliaan LPP Kedah,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (kemarau) dan Penyerahan Peruntukkan RMK-12 RP-4 Program Ladang Benih Padi hari ini.

Pada majlis itu Mahfuz turut menyampaikan ‘mock cheque’ Peruntukan RMK-12 RP-4 kepada lapan PPK iaitu PPK Kuala Nerang, Kubur Panjang, Asun, Changlon, Pendang Selatan, Kuala Muda Selatan, Pokok Sena dan Merbok di bawah Program Pembangunan Ladang Benih Padi sebanyak RM2,695.000.

Menurut Mahfuz, bagi keseluruhan Peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 RP-1 hingga 4 yang telah disalurkan kepada LPP Kedah adalah sebanyak RM27,469,763.50 melalui Program Peningkatan Pertanian Untuk Sayur-sayuran, Pemerkasaan Agromakanan, Peningkatan Produktiviti Pertanian, Pemerkasaan Ladang Satelit dan sebagainya.

“Saya berharap dengan bantuan dan peruntukkan yang disalurkan ini dapat menyuntik semula semangat kepada ahli-ahli yang terjejas supaya terus bersemangat dalam menjadi pemain utama untuk sektor tanaman padi.

“PPK yang terlibat pula diharap dapat memainkan peranan proaktif dalam merancakkan industri pertanian terutama pengeluaran agromakanan khususnya kepada rakyat dan negara Madani,” katanya.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan