KDN lulus 17,452 permohonan kewarganegaraan setakat 1 Oktober

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) meluluskan 17,452 permohonan kewarganegaraan Malaysia setakat 1 Oktober lalu.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu melebihi sasaran 17,000 permohonan yang ditetapkan.

Katanya, KDN sentiasa komited untuk memastikan setiap permohonan kewarganegaraan diproses dengan telus, adil dan mengikut peruntukan undang-undang.

“Setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian rapi berdasarkan peruntukan undang-undang dan kementerian berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi mereka yang telah mengemukakan dokumen lengkap.

“Bagaimanapun, proses ini perlu dijalankan dengan cermat bagi memastikan pemohon memenuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

“Permohonan kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi dan hak eksklusif kerajaan Persekutuan dan tidak diberikan sewenang-wenangnya justeru setiap permohonan akan dinilai dengan teliti tanpa mengira keturunan, agama atau pangkat pemohon,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab pertanyaan dikemukakan Datuk Ir Shahelmey Yahya (BN-Putatan) yang ingin mengetahui Langkah KDN untuk memastikan mereka yang mempunyai kad pengenalan merah dan mempunyai dokumen permohonan lengkap tidak menunggu lama dalam proses permohonan mereka.

Saifuddin juga berkata, pertimbangan dibuat berdasarkan syarat dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964, serta perundangan berkaitan seperti pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

Jelas beliau, penilaian setiap permohonan bergantung kepada dokumen sokongan dan fakta kes dikemukakan.

“Walaupun proses ini memerlukan masa, KDN berusaha mempercepatkan pengeluaran keputusan.

“Sebagai tambahan, KDN mengeluarkan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan secara naturalisasi di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan pada 30 September lalu yang akan memastikan proses permohonan dan tempoh masa pemprosesan selama setahun.

“SOP 19(1) ini akan berkuat kuasa bagi permohonan kewarganegaraan mulai 1 Januari 2025,” katanya.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala