Polis kenal pasti empat suspek dera Ummu Atiyah

JERANTUT – Polis sudah mengenal pasti empat lelaki dipercayai terbabit mendera Ummu Atiyyah yang juga anak pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah menerima nama suspek berdasarkan laporan polis dibuat mangsa.

“Setakat ini, kami sudah mengenal pasti suspek terbabit yang berusia 20 tahun ke atas berdasarkan laporan polis dibuat mangsa yang turut didedahkan menerusi YouTube oleh pengadu (Ummu Atiyyah) dalam kes ini. Siasatan masih dijalankan.

“Ada pihak mendakwa polis bertindak tergesa-gesa dalam kes ini (GISBH) tetapi kami tidak terburu-buru.

“Kami juga tidak bertindak sebarangan dalam melakukan tangkapan sebaik menerima laporan seperti ini (dakwaan Ummu Atiyyah) yang mungkin menjadi persepsi orang ramai dan itu adalah salah.

“Kami akan menjalankan siasatan sebaik menerima laporan, malah semalam kami ke Ipoh sebaik menerima laporan. Setakat ini, kami serba sedikit tahu (suspek) dan akan memanggil mereka untuk dirakam keterangan,” katanya di Taman Negara Kuala Tahan, hari ini.

Razarudin berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim serta Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Ribuan Abdullah berkaitan Operasi Bersepadu Khazanah.

Pada 19 Ogos lalu, Ummu Atiyyah mendakwa dia dipaksa berkahwin dengan pemimpin Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dan didera fizikal serta mental.

Sebelum ini, Razarudin dilapor berkata, pihaknya sedang mengesan empat lelaki yang terbabit dalam kes berkenaan.

Semalam, Ummu Atiyyah, 41, menunjukkan kepada pihak polis lokasi dia mendakwa ditahan selama sebulan di Kampung Batu Hampar Dalam, Perak.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi