LPP sumbang RM801,549 kepada PPNK

KUBANG PASU – Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK) menerima peruntukan sebanyak RM801,549 di bawah peruntukan Rolling Plan ke-4 daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi aktiviti kejenteraan ladang.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, bagi Program Pengukuhan dan Pemodenan Khidmat Mekanisasi dan Automasi Pertanian, pihaknya telah meluluskan sebanyak RM495,000 bagi tiga unit ‘traktor semi crawler’ dan tiga unit traktor ‘rotary tiller 90’ kepada PPNK bahagian kejenteraan.

“Seterusnya bagi Program Menaik Taraf dan Tambah Hayat Mekanisasi Ladang Sedia Ada pihak LPP telah memperuntukkan sebanyak RM180,000 bagi tiga unit jentuai untuk model Holland 8060.

“Kesemua itu akan diserahkan kepada PPNK Bahagian Kejenteraan di Pendang sebanyak dua unit dan Asun satu unit. Bagi Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana Secara Geran Padanan, PPNK telah meluluskan sebanyak RM126,549 bagi pemilikan jentera mini traktor lengkap alatan pertanian bagi melancarkan aktiviti ladang,” katanya.

Jelasnya lagi, terbaharu sebanyak tujuh unit jentanam mula beroperasi di kawasan PPK Merbok dengan keluasan 100 hektar. Perkhidmatan ini adalah sebagai salah satu daripada perkhidmatan sokongan kepada projek ladang benih padi PPNK.

Hasil dari peruntukan ini dijangkakan akan menjana pendapatan sebanyak RM887,000 bagi aktiviti traktor dan jentuai bagi musim 1/2024.

Kawasan kendalian PPNK Bahagian Jentera adalah seluas 1,500 hektar merangkumi kawasan MADA dan luar MADA dengan bilangan ahli seramai 2,800 orang yang menerima perkhidmatan dari peruntukan ini.

Menyentuh penggunaan jentera elektrik dalam sektor pertanian, beliau berkata, ia masih peringkat kajian dan ujian penggunaan dijangka mengambil masa sehingga dua tahun sebelum dapat dilaksanakan.

“Penggunaan jentera pertanian yang tidak menggunakan bahan bakar diesel seperti elektrik tidak dapat dielakkan kerana dunia sedang menuju ke arah teknologi tersebut.

“Pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 baru-baru ini turut dilancarkan traktor elektrik. Ia dilakukan dengan kerjasama sebuah syarikat bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMap) dengan sebuah syarikat dari Thailand,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu