Jual barang kawalan bersyarat, tindakan keras jika ingkar

SIBU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sibu melaksanakan operasi pemantauan, Ops Samar pada 18 Oktober lalu bagi mengesan kesalahan peniaga dalam penjualan barang kawalan di Sibu.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan di beberapa premis perniagaan, pihak KPDN mendapati sebuah premis mengenakan syarat pembelian untuk minyak masak peket bersubsidi polibeg 1kg dengan jumlah sebanyak 374 kilogram.

Peniaga tersebut disyaki melanggar peraturan dengan mengenakan syarat tanpa kebenaran Pengawal Bekalan yang merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut KPDN, tindakan ini merupakan satu pelanggaran yang tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan akses pengguna kepada barang kawalan yang seharusnya diperolehi tanpa syarat tambahan.

Kementerian telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang menggariskan denda berat bagi peniaga yang melanggar undang-undang ini.

Jika disabit kesalahan, peniaga yang terlibat berdepan dengan denda sehingga RM2 juta untuk pertubuhan perbadanan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan kedua.

Bagi individu, denda boleh mencapai RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, dengan penalti yang lebih berat bagi kesalahan berulang.

KPDN juga menyeru kepada masyarakat agar berperanan sebagai mata dan telinga dalam membantu memerangi penyelewengan barang kawalan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar