6 ditemukan maut di bilik hotel di Bangkok

BANGKOK – Enam individu, tiga lelaki dan tiga wanita ditemukan maut di sebuah bilik hotel terkemuka di kawasan Ratchaprasong di Bangkok semalam dipercayai akibat keracunan.

Mangsa dilaporkan dua warga Amerika Syarikat berketurunan Vietnam manakala empat lagi adalah warga Vietnam, lapor Bernama.

Dalam respons segera, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Jeneral Polis Porsak Sukvimol untuk menyiasat kes itu dengan segera dan menyeluruh, serta mengambil alih kawalan situasi bagi memastikan tiada kesan buruk atau bahaya kepada orang awam dan pelancong.

Bercakap kepada media di lokasi kejadian malam tadi, Srettha berkata mayat-mayat itu ditemukan pada 4.30 petang.

Beliau berkata siasatan awal oleh polis menunjukkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 24 jam disyaki akibat keracunan kerana tiada tanda-tanda trauma atau rompakan.

Srettha yang diiringi Torsak, berkata beliau juga telah memberi taklimat kepada Duta Vietnam ke Thailand Pham Viet Hung, mengenai kes itu.

Polis Thailand sedang menyiasat kes itu dengan meneliti rakaman CCTV dan menemu bual saksi untuk menentukan punca kematian. 

Related Posts

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

WASHINGTON – Semua operasi syarikat penerbangan Iran di seluruh dunia akan dihentikan mulai 23 September ini, menurut Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent. CNBC melaporkan pada Isnin bahawa Bessent…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM