Kerajaan sedia pinjaman RM40 juta kepada peniaga pelbagai kaum

KERAJAAN memperuntukkan RM40 bilion sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan di bawah agensi-agensi Kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, pinjaman bersaiz mikro tersedia sehingga RM3.2 bilion, antaranya oleh Tekun dan BSN bagi membantu penjaja kecil termasuk komuniti OKU, masyarakat Cina serta Bumiputera.

“Bank Pembangunan Malaysia Berhad menyediakan dana pembiayaan RM6.4 bilion antaranya bagi menyokong pembiayaan sektor pembangunan infrastruktur, digitalisasi, pelancongan, logistik dan pengangkutan serta tenaga boleh baharu dan peralihan.

“Kerajaan melalui Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan terus menjamin pembiayaan peniaga kecil dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM20 bilion termasuk jaminan RM5 bilion khas untuk PKS Bumiputera,” katanya ketika berucap pada pembentangan Belanjawan 2025, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, Dana pinjaman PKS RM3.8 bilion disediakan oleh Bank Negara Malaysia BNM antaranya bagi menyokong usahawan untuk beralih ke arah digital dan automasi selain terus membantu sektor agromakanan dan amalan lestari.

“RM650 juta juga akan dikhususkan untuk menyokong wanita dan belia menceburi bidang keusahawanan.

“Bagi memelihara modal insan, sosial dan kebajikan masyarakat India, RM130 juta disediakan khusus untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Kerajaan mencadangkan had amaun pinjaman atau pembiayaan Skim Pembiayaan Mikro bagi tujuan pengecualian duti setem dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM100,000 mulai 1 Januari 2025.

“Bagi meluaskan akses PMKS kepada pinjaman atau pembiayaan alternatif, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan PMKS dengan pelabur melalui platform Initial Exchange Offering (IEO) mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026.

“Kerajaan terus menyokong aktiviti perniagaan badan-badan koperasi termasuk menyediakan modal pusingan. Dana pembiayaan sehingga RM100 juta disediakan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia,” katanya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti