10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

TAWAU – Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tawau menahan 10 lelaki disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan bahan berkaitan.

AADK Tawau dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, kesemua mereka ditahan menerusi Operasi Cegah di beberapa lokasi strategik sekitar daerah ini.

“Semua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Ini membolehkan mereka menjalani rawatan dan pemulihan bagi membantu mereka keluar daripada belenggu ketagihan,” menurut kenyataan itu, pada Jumaat.

AADK Tawau turut memaklumkan orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat, ingin membuat pertanyaan atau aduan boleh menghubungi AADK Tawau di talian 089-768 830, hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan AADK juga boleh diperoleh menerusi laman sesawang aadk.gov.my.

Related Posts

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

ALOR SETAR – Sebuah premis industri yang dijadikan sekolah untuk etnik Rohingya diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada semalam. Serbuan ke atas premis di Shahab Perdana itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar