Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

BATU PAHAT – Sebarang persepsi, dakwaan atau kontroversi terhadap mana-mana individu tidak sewajarnya dijadikan hukuman awam tanpa melalui proses sewajarnya (due process) dan keputusan institusi berautoriti.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, apa yang lebih penting adalah negara perlu terus memperkukuhkan mekanisme pelantikan ke badan-badan berkaitan integriti melalui kriteria yang jelas, proses tapisan yang telus dan komunikasi awam yang berkesan.

Menurut beliau, dalam soal lantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), perkara sedemikian perlu diterapkan supaya tidak timbul ruang keraguan terhadap institusi yang diberi amanah memerangi jenayah kewangan serta rasuah.

“MCW berpandangan bahawa dalam menilai isu (Tan Sri Azam Baki) ini, dua perkara perlu dipisahkan secara jelas iaitu aspek kesahan pelantikan dari sudut undang-undang dan aspek persepsi serta keyakinan awam terhadap institusi integriti negara.

“Berdasarkan penjelasan NFCC, pelantikan Tan Sri Azam Baki dibuat atas kapasiti individu bagi tempoh tiga tahun bermula 20 September 2024 hingga 19 September 2027 dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan tidak terikat kepada jawatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu.

“Oleh itu, dari sudut perundangan, kedudukan beliau perlu dilihat berdasarkan peruntukan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 (Akta 822),” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung justifikasi pelantikan Azam sebagai penasihat NFCC, memandangkan Azam terpalit dengan beberapa isu termasuk skandal berkaitan korporat mafia dan pemilikan saham.

Sementara itu, Jais berkata, pihaknya menghormati hak mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen untuk membangkitkan persoalan berhubung pelantikan ke institusi penting negara kerana prinsip semak dan imbang adalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang sihat.

Namun, dalam masa sama, ujarnya, MCW menyeru semua pihak supaya menghormati kedaulatan undang-undang, mempertahankan prinsip integriti institusi dan memastikan sebarang perbahasan dibuat secara profesional demi kepentingan negara

“Bagi MCW, badan strategik seperti NFCC yang berperanan menangani jenayah kewangan, rasuah dan aliran wang haram mesti sentiasa berada pada tahap keyakinan awam tertinggi.

“Oleh itu, selain mematuhi kehendak undang-undang, sebarang pelantikan ke institusi integriti perlu mengambil kira prinsip ‘transparency, accountability and public confidence.’

“Kita menegaskan prinsip keadilan juga mesti dihormati. Sebarang persepsi, dakwaan atau kontroversi terhadap mana-mana individu tidak sewajarnya dijadikan hukuman awam tanpa melalui proses sewajarnya (due process) dan keputusan institusi berautoriti,” katanya.

Azam dilantik sebagai penasihat NFCC, sebuah badan yang berperanan menyelaras usaha membanteras jenayah kewangan dan rasuah di peringkat nasional.

Pelantikan itu bagaimanapun menarik perhatian pelbagai pihak susulan latar belakang serta beberapa kontroversi yang pernah dikaitkan dengan beliau, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai keperluan dan kesesuaian pelantikan tersebut dalam struktur NFCC.

Related Posts

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar