SPRM terima peruntukan RM360 juta

SEJUMLAH RM360 juta diperuntukkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tahun hadapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, jumlah peruntukan dalam Belanjawan 2025 itu mencatatkan peningkatan berbanding RM338 juta yang disediakan tahun lalu.

“Sejak mengemudi negara, semua tahu ketegasan saya dalam soal memerangi rasuah kerana rasuah ialah barah senyap yang menjatuhkan moral rakyat dan keyakinan pelabur.

“Tidak guna ditetapkan hala tuju ekonomi dan pelbagai dasar jika pelaksanaan masih di takuk lama – salah guna kuasa, seleweng dana dan mengkayakan kelompok sendiri.

“Masa depan negara bergantung kepada kejayaan kita membanteras rasuah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata, SPRM diberi kebebasan penuh menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.

“Angka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus tangkapan dan kertas siasatan dibuka pada 2023, ketimbang (berbanding) sebelumnya,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana