AI dan data mampu menjadi pemangkinan visi Sarawak

KUCHING – Kecerdasan buatan (AI) dan data dilihat sebagai pemangkin dalam mencapai visi Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi, kedua-dua elemen ini dapat membantu Sarawak mengenal pasti kehendak semasa merangka strategi seterusnya.

“Kedua-dua elemen ini iaitu AI dan data digunakan untuk membentuk semula sektor tenaga, merevolusikan penjanaan, pengagihan dan konsumsi tenaga tersebut,” kata beliau.

Tambah beliau, AI dapat mengurus grid pintar dengan memantau dan mengawal aliran elektrik secara langsung.

“Dengan mengintegrasi sumber tenaga boleh diperbaharui, sistem penyimpanan dan respons terhadap permintaan tenaga, AI dapat membantu mengimbangkan bekalan dan permintaan,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dalam Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2024 (IDECS24) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Khamis.

Sementara itu, Julaihi mengulas lebih lanjut sistem algoritma AI mampu menganalisis sejumlah data besar daripada sistem tenaga.

“Ini termasuk grid kuasa dan sumber tenaga boleh diperbaharui yang membawa penggunaan sumber tenaga lebih cekap dan pengurangan pelepasan karbon,” kata Julaihi.

Tambah Julaihi, Sarawak mampu mempercepatkan proses peralihan kepada pertanian pintar dan tepat dengan memanfaatkan teknologi AI.

“Peralihan ini bukan sahaja meningkatkan hasil tanaman, kita juga dapat memperbaiki kecekapan pengeluaran dan akses pasaran keseluruhan,” ujar beliau.

Kata beliau lagi, kemajuan ini sangat penting dalam memenuhi agenda keterjaminan makanan untuk Sarawak.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK