Imigresen tahan 14 PATI dalam operasi di Kota Bharu

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menahan seramai 14 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Kota Bharu.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan) JIM Kelantan, Nik Akhtarhaq Nik Abdul Rahman berkata, dalam operasi yang dilakukan pihaknya berjaya manahan seorang lelaki warga Bangladesh, empat lelaki dan lima perempuan warga Thailand, tiga lelaki warga Pakistan manakala seorang lagi lelaki warga Indonesia.

Katanya, lingkungan umur bagi warga asing yang diperiksa adalah antara 19 tahun hingga 51 tahun.

“Bertindak atas hasil risikan dari Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan telah membuat pemeriksaan terhadap warga asing di sekitar bandar Kota Bharu iaitu antaranya di beberapa premis Pasir Tumboh, Binjai Banggu, Kubang Kerian dan Pintu Geng Kota Bharu.

“Kesemua warga asing ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen1963,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Sementara itu, JIM Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi PATI.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat