Pinda segera 30% calon wanita dalam PRU – Ameera Nadia

PULAU PINANG – Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang menegaskan sudah tiba masanya kepimpinan utama kerajaan memberi perhatian serius mengenai isu kuota calon wanita dalam pilihan raya.
 
Katuanya, Ameera Nadia Mohd Shafiee berkata, beliau menyokong penuh cadangan pindaan Akta Pilihan Raya dan Peraturan Pilihan Raya yang memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% calon wanita dalam pilihan raya yang disuarakan Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Al Jundi.

“Saya senada dengan kenyataan dari Ketua Wanita Amanah yang juga Ahli Parlimen Sepang itu mengenai pindaan ini segera dilaksanakan demi mengiktiraf dan memperkasakan lagi kedudukan wanita dalam landskap politik Malaysia” jelasnya.

Tambah Ameera, pindaan ini dapat memastikan suara wanita lebih didengar dan kepentingan mereka lebih diutamakan dalam proses pembuatan dasar.

“Ini akan memberi peluang kepada wanita untuk turut serta dalam penggubalan undang-undang yang lebih inklusif,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press baru-baru ini.

Jelas Ameera lagi dengan pindaan ini juga akan memperlihatkan parti UMNO sebagai parti yang kehadapan dalam memperkasa peranan wanita dalam negara disamping mampu memperkukuh parti UMNO dalam agenda memperkukuh parti.
 
“Langkah tersebut tidak hanya menunjukkan bahawa UMNO adalah parti yang inklusif dan progresif, tetapi juga meningkatkan keyakinan rakyat terhadapkomitmen parti untuk melibatkan semua lapisan masyarakat.

“Puteri UMNO Pulau Pinang percaya bahawa parti perlu menjadi peneraju utama dalam usaha ini,” tegasnya.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara