Bursa Malaysia kembali meningkat

PUTRAJAYA – Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih meningkat, didorong oleh prestasi semalaman saham-saham Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67 daripada 1,636.54 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.02 mata pada 1,638.56.

Sentimen pasaran hampir tidak berubah dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 132 berbanding 130 manakala 243 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,972 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 137.68 juta unit yang bernilai RM81.41 juta.

Naib Presiden Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata kepada Bernama, Wall Street ditutup tinggi apabila Dow Jones dan S&P500 mencecah paras tinggi menjelang pengumuman pelaporan prestasi korporat terkini dan tidak dipengaruhi peningkatan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS pada 4.09 peratus.

Di peringkat tempatan FBM KLCI mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih positif di tengah-tengah sentimen berhati-hati.

Beliau berkata, jumlah dagangan harian juga hanya meningkat sedikit daripada paras dua bilion saham ketika pelabur-pelabur runcit terus memaparkan sikap berhati-hati.

“Berikutan itu, kami menjangkakan indeks penanda aras itu akan berlegar dalam julat 1,635 hingga 1,645 pada hari ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Bank naik 2.0 sen kepada to RM21.30, Petronas Chemicals meraih 3.0 sen kepada RM5.65 manakala MR DIY, Axiata and Sime Darby masing-masing naik 1.0 sen kepada RM2.17, RM2.41 dan RM2.47.

Bagi saham aktif, Northeast Group dan Datasonic masing-masing menambah 1.5 sen kepada 51.5 sen dan 44.5 sen manakala 99 Speed Mart melonjak 5.0 sen kepada RM2.51 dan Pertama Digital susut setengah sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks pula Indeks FBM Emas menokok 8.74 mata kepada 12,298.69, Indeks FBM Emas Syariah menambah 5.83 mata kepada 12,207.73 dan Indeks FBMT 100 meraih 9.83 mata kepada 11,999.55.

Indeks FBM 70 bagaimanapun susut 7.01 mata kepada 17,562.31 namun Indeks FBM ACE naik 11.70 mata kepada 5,100.81.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 39.11 mata kepada 19,298.28, Indeks Perladangan turun 0.20 mata kepada 7,216.48 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.01 mata kepada 175.22 manakala Indeks Tenaga berkurangan 7.51 mata kepada 870.56.

Related Posts

Penyaluran bantuan agrikomoditi dan PKS perlu diperkemas, elak ketirisan

KERAJAAN perlu memastikan setiap bantuan dan insentif yang disalurkan kepada sektor agrikomoditi serta perusahaan kecil sederhana (PKS) tidak mengalami ketirisan, sebaliknya mencapai objektif membantu golongan sasar. Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

PUTRAJAYA – Malaysia masih berada dalam kedudukan kukuh dari segi bekalan minyak dan gas berbanding negara ASEAN lain, namun tidak terlepas daripada kesan kenaikan harga di peringkat global, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji