Tindakan tegas jika sengaja tinggalkan solat Jumaat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan meneruskan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang mengingkari arahan kebenaran melaksanakan solat Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, meskipun penetapan cuti hujung minggu akan berubah bermula tahun depan, itu bukan alasan untuk sesiapa pun termasuklah majikan menghalang pelaksanaan ibadah wajib itu.

“Pelepasan umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat adalah diwajibkan sama ada kepada sektor awam atau swasta.

“Ini seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Menunaikan Solat oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia yang terpakai dan berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, tiada alasan untuk mana-mana umat Islam di negeri ini meninggalkan kewajipan solat Jumaat.

“Mereka yang sengaja tidak solat Jumaat selepas penetapan semula hari Jumaat sebagai hari bekerja di Johor mulai tahun depan akan dikenakan tindakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar cuti hujung minggu di negeri ini ditukar kembali kepada hari Sabtu dan Ahad, bermula 1 Januari depan.

Baginda membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad setelah mendapat izin dan restu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tambah Baginda, keputusan itu turut mendapat pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat di negeri ini.

Related Posts

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

KULIM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengenal pasti kesan pembakaran haram membabitkan longgokan plastik, baju terpakai dan konkrit sehingga menyebabkan kacau ganggu dan ketidakselesaan penduduk sekitar Padang Serai di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap wartawan dan organisasi media berdaftar perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum siasatan atau tindakan lanjut diambil, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media