SEMPORNA – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita, Nazatul Hamiezah Ab Garang@Rosdy, 24, yang dilaporkan gagal dihubungi ibunya sejak 2 November lalu.
IPD Semporna dalam hebahannya memaklumkan, wanita berkenaan kali terakhir dikesan berada di Kota Kinabalu sebelum ibunya tidak lagi dapat menghubunginya kira-kira pukul 11.33 pagi pada hari berkenaan.
“Orang ramai yang terlihat wanita berkenaan atau mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Tampak di talian 013-2111667, “menurut IPD Semporna.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Semporna menerusi talian 089-782020 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.



