AI bukan pengganti pengamal media, sentuhan manusia kekal penting – Fahmi

KERAJAAN MADANI menyediakan inisiatif seperti Dana Inovasi Media demi membantu syarikat media membuat penyesuaian dari segi perolehan peralatan, latihan peningkatan kemahiran serta pemanfaatan alatan kecerdasan puatan (Al) tanpa mengorbankan tenaga keria sedia ada,

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, fasa pertama dana itu yang memperuntukkan RM30 juta bertujuan membantu organisasi media meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi dalam mendepan arus pendigitalan masa kini.

Beliau memaklumkan, walaupun Al berupaya membantu kecekapan kerja dari penjimatan kos operasi, teknologi itu sama sekali tidak boleh menggantikan peranan wartawan manusia di bilik berita.

‘Mungkin dalam beberapa minggu yang akan datang ini, kita akan Jmumkan Dana Inovasi Media yang medua. Jumlahnya berapa, nanti akam kita umumkan.

“Saya tidak mahu Al menggantikan wartawan. Apa keunikan media asli berbanding media Al? Media asli masih ada pemikiran manusia, gaya penulisan dan nafas manusia. Sentuhan manusia ini ialah perkara yang paling penting,” katanya dalam temu bual audio siar bersama dengar Agenda Daily, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, penghasilan berita sepenuhnya menggunakan ejen AI tanpa penglibatan manusia mesti dielakkan demi memelihara kedaulatan berita tanah air.

“Kita tidak mahu berita dihasilkan sama ada oleh Al atau kita hanya dapat berita daripada sumber luar. Mesti ada sumber yang berdaulat dalam negara kita, asli Malaysia. Media Malaysia mesti bebas, berdikari dan ada masa depan,” katanya.

Dalam pada itu , Fahmi berkata, industri media berdepan dengan tamparan hebat akibat dua faktor utama, iaitu ledakan media sosial dan perubahan demografi audien membabitkan Generasi Z (Gen Z) dan Generasi Alpha yang celik digital.

“Kesan daripada perubahan itu, kita menyaksikan perbelanjaan pengiklanan (AdEx) media tradisional merudum antara 40 hingga 50 peratus daripada anggaran RM4.5 bilion kepada RM2 bilion susulan peralihan dana pengiklanan sebanyak RM2.5 bilion ke platform media sosial.

“Sehubungan dengan itu, saya menggesa pemilik syarikat media dan pembangun perniagaan melakukan anįakan minda untuk meneroka sumber pendapatan baharu menerusi platform digital dan tidak hanya bergantung pada pembelian iklan konvensional,” katanya.

Menyentuh tentang persaingan pantas menghasilkan berita terkini, Fahmi menyeru pengamal media agar tidak sesekali mengabaikan etika kewartawanan semata-mata mahu menjadi yang terawal menyebarkan maklumat.

“Paling penting, breaking news ok preaking rules jangan. Dalam bidang komunikasi, manteranya ialah state it once, state it right. Tidak menjadi masalah untuk media berlumba-lumba nenghasilkan berita pertama, tetap biarlah berita yang betul,” katanya.

Fahmi berkata penubuhan Majlis Medio Malaysia (MMM) di bawah Kerajaan MADANI menyediakan wadah terbaik bagi membolehkan pengamal industri menetapkan had, batas dan etika secara kendiri tanpa campur tangan kerajaan.

Menurut beliau, penubuhan Majlis Media Malaysia di bawah sokongan Kerajaan MADANI selepas 50 tahun penantian, menjadi antara pencapaian penting bagi dirinya dalam menerajui Kementerian Komunikasi.

Selain itu, Fahmi menegaskan beliau menentang sebarang amalan mengawal atau campur tangan dalam urusan editorial, selain melahirkan kebimbangan terhadap sebarang usaha penggabungan syarikat media tempatan kerana kepelbagaian suara adalah tunjang kepada kesuburan amalan demokrasi.

Related Posts

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon daripada tiga parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, tujuh calon lebih rendah berbanding jumlah yang ditandingi gabungan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih baik kerajaan tanggung beban subsidi daripada rakyat menderita – Anwar

MELAKA – Kerajaan MADANI akan terus mempertahankan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter menerusi inisiatif BUDI95 meskipun kos subsidi minyak negara diunjurkan mencecah sehingga RM45 bilion setahun susulan kenaikan harga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus