Isteri maut, suami cedera lori muatan ais rempuh belakang treler

GOPENG – Rempuhan sebuah lori muatan ais ke belakang sebuah treler membawa kepada kematian seorang wanita dalam kejadian awal pagi tadi di Jalan Ipoh–Kampar dekat Kampung Pulai, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian tersebut, mangsa, Suhaili Abd Razak, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit manakala suaminya yang berusia 24 tahun mengalami cedera ringan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, nahas membabitkan lori ais satu tan jenis Isuzu merempuh belakang sebuah treler.

Wanita berusia 28 tahun itu didapati berada tersepit di tempat duduk kelindan.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng telah digerakkan ke lokasi sejurus mendapat panggilan jam 5.15 pagi tadi.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori ais 1 tan melanggar belakang sebuah treler jenis Volvo, menyebabkan wanita itu tersepit di bahagian kelindan lori ais dinaikinya dan disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujar Sabarodzi, mangsa yang maut dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada polis manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Suami mangsa yang merupakan pemandu lori ais itu mengalami cedera ringan manakala pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” tambahnya.

Related Posts

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SHAH ALAM – Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 berjaya memperoleh tajaan berjumlah RM8 juta setakat ini menerusi sumbangan daripada 17 syarikat swasta dan anak syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

KOTA KINABALU – Politik berasaskan perpaduan dan kebajikan rakyat dilihat sebagai pilihan terbaik dalam memastikan kestabilan negara, berbanding pendekatan yang membangkitkan sentimen perkauman. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang