Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya

LIMBANG – Penganjuran Pesta Hari Bukit Mas 2026 bukan sekadar platform mengetengahkan keunikan seni dan kebudayaan masyarakat setempat, sebaliknya menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan serta memelihara warisan pelbagai etnik di daerah ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kepelbagaian budaya yang dimiliki masyarakat Limbang merupakan aset berharga yang perlu terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Menurut beliau, keharmonian masyarakat berbilang kaum termasuk Melayu, Kedayan, Bisaya, Iban, Lun Bawang dan Cina jelas mencerminkan keunikan Limbang sebagai sebuah daerah yang kaya dengan identiti budaya serta semangat kebersamaan.

“Setiap rentak dan langkah tarian membawa naratif yang mendalam. Kepelbagaian gerak tari ini menjadi bukti nyata bahawa warisan budaya di Limbang terus hidup, dipelihara dengan baik dan sentiasa diraikan bersama tanpa mengira latar belakang.

“Melalui seni dan budaya, kita membina jambatan perpaduan, memperkukuh toleransi dan menyemai rasa bangga terhadap tanah air kita,” katanya ketika berucap pada Malam Kebudayaan Pesta Hari Bukit Mas 2026 di sini.

Hasbi berkata, penganjuran program kebudayaan secara berterusan amat penting bagi memastikan identiti setiap etnik tidak terhakis ditelan arus pemodenan, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan Pesta Hari Bukit Mas 2026 sebagai program komuniti yang menyeluruh kerana menggabungkan elemen kebudayaan, sukan, rekreasi, pendidikan dan kekeluargaan.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk pertandingan Mr Wonderful, bina badan, memancing, mewarna kanak-kanak dan warga emas, Tamiya, Innowaste, pertandingan nyanyian Piala Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Fun Run, pertandingan memasak serta tarik tali 3 lawan 3.

Pesta berkenaan turut dimeriahkan dengan Program Bee dan Jualan Rahmah yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti selain menikmati manfaat secara langsung daripada penganjurannya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, kumpulan kebudayaan, penari dan pemuzik atas komitmen menjayakan program berkenaan.

Pada masa sama, Hasbi berharap penganjuran pesta seumpama itu terus mendapat sambutan daripada masyarakat setempat serta pengunjung dari seluruh Sarawak, Sabah dan negara jiran, Brunei Darussalam.

Katanya, sokongan berterusan daripada semua pihak penting bagi memastikan Pesta Hari Bukit Mas kekal sebagai platform penyatuan masyarakat, di samping memperkenalkan keunikan warisan budaya Limbang kepada pengunjung luar.

Related Posts

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

KUCHING – Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh menyambut baik tumpuan kerajaan persekutuan terhadap agenda pembangunan menerusi pembentangan belanjawan 2027 baru-baru ini khususnya peruntukan yang memberi manfaat kepada Sarawak dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

KUCHING – Pengumuman pelbagai inisiatif khusus untuk pekerja gig menerusi Belanjawan 2027 disambut baik penghantar makanan di bandar raya ini yang berharap langkah berkenaan dapat membantu meningkatkan pendapatan, memperkukuh perlindungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya