UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, pembangunan Kawasan Pembangunan Lembah Chuping serta NCER Agribio Economic Zone yang diberi perhatian menerusi Belanjawan MADANI 2027 berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di negeri ini.

Menurutnya, perkembangan itu dijangka meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja mahir, khususnya dalam bidang kejuruteraan, teknologi, pembuatan dan sektor berkaitan.

“Pembangunan kawasan berkenaan berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap tenaga kerja berkemahiran dalam bidang kejuruteraan, teknologi, pembuatan dan sektor berkaitan.

“UNIMAP bersedia memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik dalam pembangunan modal insan, penyelidikan dan inovasi bagi menyokong pertumbuhan industri serta pembangunan ekonomi negeri dan wilayah utara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zaliman berkata, komitmen kerajaan terhadap pembangunan bakat dan pendidikan teknikal turut selari dengan peranan UNIMAP sebagai universiti teknikal yang memberi penekanan kepada bidang kejuruteraan, teknologi dan TVET.

Katanya, peruntukan RM8 bilion bagi pelaksanaan TVET merentas kementerian dalam Belanjawan 2027 berpotensi memperkukuh usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan terhadap sektor strategik seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan industri bernilai tinggi turut membuka peluang kepada universiti memperluas penyelidikan gunaan, kerjasama industri serta penghasilan inovasi.

“Sebagai universiti teknikal, UNIMAP komited untuk memastikan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan bakat yang dilaksanakan sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.

“Kerjasama erat antara universiti, industri dan kerajaan amat penting bagi memastikan graduan bukan sahaja menguasai ilmu, tetapi turut mempunyai kemahiran praktikal dan keupayaan menyelesaikan masalah sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Zaliman turut menyambut baik peruntukan RM19.1 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk RM800 juta bagi menaik taraf prasarana universiti awam melibatkan bilik kuliah, kediaman mahasiswa dan penggantian peralatan usang.

Beliau berkata, UNIMAP akan terus bekerjasama rapat dengan KPT, agensi kerajaan, pihak industri dan alumni bagi memastikan peluang yang digariskan dalam Belanjawan MADANI 2027 dapat dimanfaatkan secara optimum, khususnya dalam pembangunan bakat, penyelidikan dan ekonomi negeri.

Related Posts

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

KUANTAN – Pertubuhan Cancer Support Pahang (CSP) menjalin kerjasama strategik dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Pahang sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2026 peringkat negeri. Pengerusi CSP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam