Projek impak tinggi bukti Persekutuan tak pinggir Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menyambut baik Belanjawan 2027 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, khususnya melibatkan beberapa projek berimpak tinggi di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, antara pengumuman paling signifikan ialah perancangan pembinaan Projek Empangan Lebir sebagai inisiatif jangka panjang bagi menangani masalah banjir dan bekalan air bersih.

Katanya, inisiatif itu seiring dengan penyiapan Fasa Kedua Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok serta pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai dan Loji Rawatan Air di Machang yang kini di peringkat reka bentuk.

“Usaha ini turut diperkukuhkan melalui pelaksanaan giat kerja-kerja penggantian paip air usang di seluruh Kelantan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai pembangunan infrastruktur pengangkutan, beliau berkata pengoperasian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu pada Disember ini bakal mengubah landskap pengangkutan negeri.

Ia disusuli pula dengan persetujuan penyambungan jajaran ECRL ke Rantau Panjang serta pembinaan stesen bas bersepadu di Stesen ECRL Kota Bharu di Tunjong yang akan melengkapkan jaringan terminal pengangkutan bersepadu.

Bagaimanapun, katanya, bagi memastikan pembangunan seimbang antara wilayah, Kelantan berharap cadangan penyambungan Lebuhraya Pantai Timur dari Terengganu ke Kelantan turut diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan melengkapkan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian dengan teknologi pembedahan robotik, selain pembinaan tabika untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim.

“Kerajaan negeri yakin dalam konteks federalisme, Belanjawan Persekutuan 2027 khususnya yang berkaitan dengan Kelantan serta Belanjawan Kelantan 2027 yang akan dibentangkan 29 Oktober nanti bakal membawa berita baik kepada rakyat.

“Keyakinan ini disokong hubungan baik yang terjalin antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, pengumuman Belanjawan 2027 memberi impak besar kepada pembangunan negeri.

Beliau berkata, pembinaan Empangan Lebir sahaja mampu menyelesaikan sehingga 80 peratus masalah banjir di Kelantan, manakala projek Terminal Kota Bharu di Tunjong akan melengkapkan sistem logistik bersepadu kerana dibina bersebelahan Stesen ECRL Kota Bharu.

“Penyambungan ECRL ke Rantau Panjang juga mampu merancakkan lagi ekonomi negeri ini,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2026 peringkat Kelantan hari ini.

Tambahnya, bagi pembinaan stesen bas bersepadu di Tunjong, kerajaan negeri sudah menyediakan tanah seluas dua hektar dan kini dalam peringkat rawatan, dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan kerjasama Kerajaan Pusat menjelang akhir tahun ini.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak