Mustapha sedia berdialog dengan kumpulan ‘Government in Exile’

Winsamir

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan terbuka mengadakan perbincangan dengan kumpulan yang mendakwa sebagai kerajaan dalam buangan ‘Government in Exile’ bagi menjelaskan isu berbangkit, termasuk pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, kerajaan setakat ini belum merancang mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan berkenaan.

“Ruang perbincangan boleh dibuka bagi memastikan maklumat mengenai perkembangan semasa, termasuk pelaksanaan MA63, dapat disampaikan kepada kumpulan terbabit.

“Setakat ini kita belum lagi merancanglah untuk membuat tindakan apa-apa, tetapi saya fikir kalau ada ruang untuk kita buat engagement dengan kumpulan-kumpulan ini lebih baiklah.

“Mungkin ada maklumat-maklumat yang tidak sampai kepada mereka,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Jelajah Aku Kasih Malaysia @ Sabah Bersama-sama Komuniti Sepanggar di Dewan Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kota Kinabalu, di sini, pada Sabtu.

Menurut Mustapha, beliau sentiasa mengikuti perkembangan kumpulan berkenaan dan mengakui terdapat rakyat Sabah yang terbabit, namun berpandangan majoriti rakyat Sabah dan Sarawak masih memilih saluran rasmi untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Katanya, beberapa perkara berkaitan MA63 sudah dilaksanakan manakala perkara lain masih dalam proses perundingan.

Dalam pada itu, beliau menyeru golongan muda Sabah dan Sarawak di luar negara supaya memberi ruang kepada kerajaan menyelesaikan isu berkenaan melalui saluran rasmi.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya fikir tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak ada masalah. Dengan saluran rasmilah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, usaha memperkukuh perpaduan dan kedaulatan negara penting bagi mengelakkan perpecahan yang boleh membuka ruang kepada campur tangan pihak luar.

Mustapha turut menegaskan bahawa kerajaan komited melaksanakan MA63 dan beliau melihat kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perkara berkaitan perjanjian itu.

“Kalau memang sudah tidak mendengar, mungkin lain ceritalah, tetapi mendengar. Saya sendiri sebagai menteri yang bertanggungjawab dapat melihat kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan Perjanjian MA63 ini,” jelasnya.

Terdahulu tular di media sosial jemputan terbuka untuk mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Parlimen Victoria di Melbourne, Australia, pada 24 Oktober ini. Jemputan itu dikaitkan dengan usaha membangkitkan isu Sabah dan Sarawak di luar negara.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak