Pakej RM160 juta perkukuh pendapatan, kebajikan pekerja gig – PPRPM

KUALA LUMPUR – Pakej bernilai RM160 juta bagi membantu meningkatkan pendapatan dan memperkukuh perlindungan sosial pekerja gig disambut baik Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) menerusi Belanjawan 2027.

Penasihat PPRPM, Bryan Ng Yih Miin berkata, pakej yang dibiayai bersama kerajaan dan Grab mulai 2027 itu merangkumi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan, insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Beliau berkata, melalui pakej berkenaan, pendapatan bersih penghantar p-hailing dijangka meningkat sehingga RM100 sebulan, manakala pemandu e-hailing pada tahap pendapatan median dijangka menikmati peningkatan sehingga RM227 sebulan.

“Bagi rider yang berdepan kos penyelenggaraan dan komitmen keluarga setiap bulan, tambahan pendapatan bersih mempunyai nilai yang besar.

“Kerjasama ini juga menunjukkan bahawa kebajikan pekerja perlu menjadi tanggungjawab bersama kerajaan dan penyedia platform,” katanya.

Bryan turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas perhatian terhadap pendapatan, perlindungan sosial dan masa depan pekerja gig menerusi Belanjawan 2027.

Beliau berkata, kesediaan Perdana Menteri mendengar serta mempertimbangkan cadangan dan rayuan yang dikemukakan PPRPM pada peringkat akhir penyediaan belanjawan amat bermakna kepada komuniti penghantar.

Dalam pada itu, PPRPM menyambut baik insentif caruman padanan Perkeso sebanyak 35 peratus yang meningkat kepada 50 peratus sekiranya syarikat platform turut menanggung caruman, bagi membantu mengurangkan beban kos perlindungan pekerja e-hailing dan p-hailing.

Penerusan i-Saraan Plus dengan insentif padanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM600 setahun, tertakluk kepada had RM6,000 sepanjang hayat, turut dilihat sebagai langkah membantu pekerja gig membina simpanan persaraan.

“Rider menanggung risiko setiap kali keluar mencari rezeki. Perlindungan sosial dan simpanan persaraan memberi mereka serta keluarga asas keselamatan kewangan yang lebih kukuh,” katanya.

Selain itu, kemudahan pembiayaan berjumlah RM270 juta melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank bagi pekerja gig yang mahu memulakan perniagaan serta membeli rumah pertama turut disambut baik.

Bagaimanapun, Bryan berkata, akses pembiayaan berkenaan perlu mengambil kira corak pendapatan pekerja gig, selain menyediakan syarat yang jelas dan proses permohonan yang mudah.

“Dengan pelaksanaan yang sesuai, kemudahan ini boleh membantu rider membina perniagaan dan kestabilan keluarga,” katanya.

Beliau berkata, keutamaan seterusnya adalah memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dapat disalurkan kepada golongan sasaran.

Sehubungan itu, PPRPM bersedia bekerjasama dengan kerajaan, agensi berkaitan dan penyedia platform untuk menyampaikan maklumat, membantu urusan pendaftaran serta menyalurkan maklum balas pekerja bagi menambah baik pelaksanaan inisiatif berkenaan.

“Rider menggerakkan ekonomi setiap hari. Mereka juga berhak menikmati pendapatan yang bermaruah, perlindungan yang kukuh dan peluang membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

  • Related Posts

    Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

    PEMBANGKANG dicabar supaya membentangkan belanjawan alternatif, bukannya sekadar mempertikaikan perancangan ekonomi Kerajaan MADANI. Gesaan orang ramai di media sosial itu susulan kritikan Ketua Portfolio Ekonomi Perikatan Nasional (PN), Syahir Sulaiman…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    RM204 juta bagi Sistem Statcom, Southern Link diteruskan di Sabah

    KOTA KINABALU – Kerajaan memperuntukkan RM204 juta bagi pemasangan Sistem Statcom di dua pencawang utama di Sabah, selain meneruskan projek Talian Penghantaran Southern Link bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik di…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

    Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

    Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

    Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

    Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang

    Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

    Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas