Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

MATU – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 16 bulan selepas mengaku salah atas pertuduhan mengamuk dan mengugut mahu menikam ibu kandungnya menggunakan pisau di Kampung Bawang, Matu.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintenden Rahim Mihos berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro dengan bantuan anggota Balai Polis Matu.

“Dalam kejadian tersebut, suspek yang berada dalam keadaan khayal bertindak mengamuk dengan mencekik serta menutup mulut mangsa.

“Suspek kemudiannya mengambil sebilah pisau dapur dan cuba menikam ibu kandungnya. Ketika proses tangkapan dijalankan, suspek turut bertindak agresif terhadap pihak polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, suspek telah dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sarikei pada Jumaat selepas tempoh reman selama empat hari dibenarkan.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dan dijatuhi hukuman penjara 1 tahun 4 bulan bermula dari tarikh hukuman.

Tertuduh kini dihantar untuk menjalani hukuman penjara di Penjara Sibu.

Related Posts

Penekanan AI dalam Belanjawan 2027 langkah strategik pacu ekonomi digital

KUALA PERLIS – Penekanan terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam Belanjawan MADANI 2027 mendapat sokongan penggiat industri teknologi yang menyifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja lemas lepas ‘hilang’ di Pantai Sepat

KUANTAN – Seorang remaja ditemukan lemas di Pantai Sepat, Jalan Kuantan-Pekan, di sini, pagi tadi. Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Mohamad Raiyan Khairul Anuar, 16, ditemui kira-kira 50 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

Kerajaan perkenal potongan cukai khas untuk penyumbang Food Bank mulai 2027

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Kerajaan perkenal potongan cukai khas untuk penyumbang Food Bank mulai 2027

PMK jadi medan rakyat kenali manfaat Belanjawan 2027

PMK jadi medan rakyat kenali manfaat Belanjawan 2027

Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang

Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang