
KUALA LUMPUR – Keselamatan sempadan negara terus menjadi keutamaan menerusi peruntukan sebanyak RM490 juta kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi memberi tumpuan kepada pengukuhan kawalan sempadan, peningkatan tahap keselamatan penerbangan serta kesiapsiagaan agensi keselamatan negara.
“Sebanyak 48 mesin pengimbas badan dan bagasi baharu dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
“Saringan keselamatan di lapangan terbang diperketat, termasuk mewajibkan ujian dadah dan alkohol kepada juruterbang serta kru penerbangan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, semalam.
Terdahulu, Anwar mengumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM22 bilion.






