Keselamatan sempadan negara terus diperkukuh, AKPS terima peruntukan RM490 juta

KUALA LUMPUR – Keselamatan sempadan negara terus menjadi keutamaan menerusi peruntukan sebanyak RM490 juta kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi memberi tumpuan kepada pengukuhan kawalan sempadan, peningkatan tahap keselamatan penerbangan serta kesiapsiagaan agensi keselamatan negara.

“Sebanyak 48 mesin pengimbas badan dan bagasi baharu dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

“Saringan keselamatan di lapangan terbang diperketat, termasuk mewajibkan ujian dadah dan alkohol kepada juruterbang serta kru penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM22 bilion.

Related Posts

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

KUCHING – Pengumuman Belanjawan 2027 meningkatkan peluang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada anak kelahiran Sabah dan Sarawak membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

CYBERJAYA – Keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan warga pendidik dan pembangunan sektor pendidikan dalam Belanjawan 2027 amat dihargai, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Presidennya, Aminuddin Awang berkata, cadangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie