Laluan ECRL disambung ke Rantau Panjang

PUTRAJAYA – Malaysia dan China mencapai kata sepakat untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu dicapai bagi memperluaskan rangkaian ECRL yang sedia ada dan meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan.

ECRL merupakan projek pengangkutan darat rentas wilayah sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan Pantai Timur Semenanjung dengan Pantai Barat, bermula dari Kota Bharu hingga ke Pelabuhan Klang dengan 20 stesen, terdiri daripada 10 stesen penumpang dan 10 stesen gabungan penumpang serta kargo.

Menurut Anwar, penyambungan jajaran baharu ke Rantau Panjang itu dijangka memberi limpahan ekonomi besar kepada Kelantan serta memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia-Thailand.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Fasa 1 ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi pada Disember ini.

“Bagi memudahkan pergerakan penduduk Kelantan, sebuah stesen bas akan dibina di stesen ECRL Kota Bharu.

“Kerajaan turut menyediakan RM270 juta bagi menambah baik perkhidmatan bas henti-henti di bandar utama termasuk menghubungkan 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak