Pemandu mabuk bakal diwajibkan bayar pampasan kepada mangsa

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu antara langkah memperkukuh keselamatan jalan raya dan meningkatkan perlindungan terhadap mangsa yang terlibat dalam kemalangan akibat pemanduan berbahaya.

“Pada malam Hari Kebangsaan lalu, seramai empat orang maut, termasuk sepasang suami isteri dan anak kecil mereka, dalam nahas di LPT1, Temerloh. Setakat Ogos tahun ini, sebanyak 28 kes maut akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah.

“Tragedi seumpama ini menyentak sanubari kita, bahawa walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan.

“Oleh itu, sebagai langkah lebih tegas kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Ujarnya, akta itu akan mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah akan membayar pampasan kepada mangsa.

Dalam aspek penyelenggaraan jalan raya pula, Anwar menyatakan kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan kepada RM40 juta bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti membaiki jalan berlubang.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak