Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih 400,000 peminjam dijangka mendapat manfaat daripada langkah berkenaan dalam Belanjawan 2027.

“Bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Anwar menambah, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur.

“Kerajaan turut bersetuju memberikan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja,” ujarnya.

Anwar menjelaskan insentif potongan cukai itu meliputi bayaran balik pinjaman yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

Related Posts

PMKS sijil halal pertama terima geran padanan sehingga RM5,000

KUALA LUMPUR –  Kerajaan menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan persekutuan untuk Sabah, Sarawak kekal tertinggi, 12 Perkara MA63 telah dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dilihat sebagai sebahagian dari waad nasional, mahupun tanggungjawab nasional yang mesti dijawab secara nasional.  Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMKS sijil halal pertama terima geran padanan sehingga RM5,000

PMKS sijil halal pertama terima geran padanan sehingga RM5,000

Peruntukan persekutuan untuk Sabah, Sarawak kekal tertinggi, 12 Perkara MA63 telah dimuktamadkan

Peruntukan persekutuan untuk Sabah, Sarawak kekal tertinggi, 12 Perkara MA63 telah dimuktamadkan

Peruntukan hal ehwal Islam naik daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion

Peruntukan hal ehwal Islam naik daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion

Penjawat awam terima bantuan khas RM1,500, pesara RM750

Penjawat awam terima bantuan khas RM1,500, pesara RM750

My50 diteruskan, MyKomuter50 diperkenalkan

My50 diteruskan, MyKomuter50 diperkenalkan

Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis diberi tumpuan

Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis diberi tumpuan