Peruntukan Jualan Rahmah, Agro MADANI naik RM750 juta

PUTRAJAYA – Kerajaan meningkatkan peruntukan bagi program Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI kepada RM750 juta berbanding RM630 juta sebelum ini, dengan sasaran 35,000 penganjuran di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran itu merangkumi 30,000 penganjuran Jualan Rahmah MADANI dan 5,000 Jualan Agro MADANI bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan.

“Peruntukan Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta dengan sasaran 35,000 penganjuran,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, Jualan Rahmah MADANI akan diperluas ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan tumpuan kepada kawasan desa, perumahan kos rendah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bandar.

Katanya, program itu bukan sahaja dilaksanakan menerusi kedai runcit biasa, malah turut membabitkan penggunaan mesin layan diri.

“Jualan Rahmah MADANI Borong turut dianjurkan bagi membantu peniaga kecil,” katanya.

Bagi Jualan Agro MADANI, sebanyak 5,000 penganjuran disasarkan dengan menawarkan hasil tani segar seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan pada harga sehingga 30 peratus lebih murah.

Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan RM250 juta bagi memperluas pengedaran barangan asas ke kawasan pedesaan dan pedalaman.

Usaha itu meliputi enam lokasi baharu, antaranya Kampung Terian di Penampang, Sabah dan Kampung Dato’ Godam di Pusa, Sarawak.

Related Posts

Ambang bankrap dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027, bagi membantu lebih ramai rakyat mengelakkan status muflis. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti Angkat MADANI terima RM50 juta, RM80 juta untuk selenggara rumah ibadat bukan Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta bagi pelaksanaan inisiatif Komuniti Angkat MADANI pada 2027 dengan memberi tumpuan kepada usaha membantu komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan bandar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ambang bankrap dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027

Ambang bankrap dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027

Komuniti Angkat MADANI terima RM50 juta, RM80 juta untuk selenggara rumah ibadat bukan Islam

Komuniti Angkat MADANI terima RM50 juta, RM80 juta untuk selenggara rumah ibadat bukan Islam

Insentif guru pendidikan khas naik RM300 sebulan

Insentif guru pendidikan khas naik RM300 sebulan

Duti hiburan di Stadium Merdeka, Stadium Negara dikecualikan

Duti hiburan di Stadium Merdeka, Stadium Negara dikecualikan

Penerima STR, pasangan berusia 40 tahun ke atas nikmati saringan kesihatan percuma

Penerima STR, pasangan berusia 40 tahun ke atas nikmati saringan kesihatan percuma

PLSB Sungai Kemaman diberi perhatian dalam Belanjawan 2027

PLSB Sungai Kemaman diberi perhatian dalam Belanjawan 2027