Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 pada Jumaat dapat terus memperkukuh ekonomi negara di samping meringankan beban sara hidup rakyat serta memelihara keamanan dan kestabilan nasional.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi hantaran di platform X berkata, Belanjawan 2027 meneruskan usaha Kerajaan MADANI untuk memperluas kemakmuran ekonomi dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Belanjawan MADANI terdahulu sudah menggerakkan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat, memperkukuh ekonomi dan membangunkan negara.

“Hasilnya, ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang baik dengan pertumbuhan 5.7 peratus bagi separuh pertama 2026, meskipun dunia berdepan pelbagai ketidaktentuan

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan negara terus terpelihara, termasuk memperkukuh keupayaan agensi penguatkuasaan serta menjaga kebajikan anggota yang berkorban demi keselamatan rakyat,” katanya pada Jumaat.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo turut menekankan kepentingan perancangan belanjawan yang berpandangan jauh bagi membina masa depan negara yang mampan.

Menerusi hantaran di akaun X masing-masing, Aaron dan Gobind berkata, masa depan negara perlu terus dibentuk menerusi perancangan yang berpandangan jauh, berpaksikan keperluan rakyat serta aspirasi Malaysia.

Mereka berkata, Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang ini.

Related Posts

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

PUTRAJAYA – Pasaran buruh negara terus menunjukkan perkembangan positif apabila kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding tiga peratus pada Julai, dengan bilangan penganggur berkurang sebanyak 8,700…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse