Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

SANDAKAN – Bekalan air yang konsisten dan boleh dipercayai penting bagi menyokong pembangunan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat di Sabah dan perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sandakan, Kartini Madun berkata, isu bekalan air tidak seharusnya dilihat sebagai masalah teknikal semata-mata kerana gangguan bekalan dan tekanan air rendah turut memberi kesan kepada isi rumah, sekolah, fasiliti kesihatan, premis perniagaan, industri kecil dan sederhana serta aktiviti ekonomi setempat.

“Apabila bekalan air tidak konsisten, kesannya bukan sahaja dirasai oleh isi rumah, malah turut menjejaskan sekolah, fasiliti kesihatan, premis perniagaan, industri kecil dan sederhana serta aktiviti ekonomi setempat.

“Pendekatan terhadap isu bekalan air perlu beralih daripada tindakan bersifat reaktif kepada penyelesaian yang lebih sistemik dan berasaskan daya tahan infrastruktur.

“Peruntukan menerusi Belanjawan 2027 perlu mengambil kira bukan sahaja pembinaan atau peningkatan kapasiti loji rawatan air, tetapi juga penggantian paip lama, pengurangan kehilangan air tidak berhasil (NRW), peningkatan tekanan dan kestabilan sistem agihan serta penyelenggaraan infrastruktur secara berterusan,” katanya ketika dihubungi Wartawan TMP, pada Khamis.

Menurut Kartini, keberkesanan peruntukan juga tidak wajar diukur berdasarkan nilai projek atau jumlah infrastruktur yang dibina semata-mata, sebaliknya berdasarkan sejauh mana rakyat menikmati bekalan air yang konsisten, berkualiti dan boleh dipercayai.

“Dalam konteks Sandakan, kita tidak seharusnya mengukur keberkesanan sesuatu peruntukan hanya berdasarkan nilai projek atau jumlah infrastruktur yang dibina.

“Ukuran sebenar kejayaan ialah sejauh mana rakyat menikmati bekalan air yang konsisten, berkualiti dan boleh dipercayai,” ujarnya.

Kartini turut mencadangkan supaya setiap peruntukan berkaitan air disertai indikator prestasi yang jelas dan boleh diukur, termasuk sasaran pengurangan gangguan bekalan, tempoh penyelesaian kerosakan, penggantian aset kritikal serta pengurangan kadar kehilangan air.

“Pendekatan ini membolehkan rakyat bukan sahaja mengetahui jumlah peruntukan yang disediakan, tetapi turut menilai hasil yang diterima.

“Sandakan mempunyai potensi besar sebagai pusat pertumbuhan ekonomi di pantai timur Sabah.

“Namun, pembangunan ekonomi yang mampan memerlukan infrastruktur asas yang kukuh,” jelasnya.

Tambah Kartini, keperluan terhadap bekalan air yang stabil perlu diberi perhatian seiring dengan usaha menarik pelaburan, memperkukuh industri, mengembangkan sektor pelancongan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Tidak mungkin kita berbicara tentang pelaburan, industri, pelancongan dan peningkatan taraf hidup sekiranya keperluan asas seperti air bersih masih belum dapat dijamin secara konsisten.

“Sehubungan itu, saya berharap isu bekalan air dapat diberi perhatian serius dalam Belanjawan 2027 dan dilihat sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan manusia serta ekonomi Sabah.

“Rakyat tidak hanya memerlukan janji bahawa masalah air akan diselesaikan.

“Mereka memerlukan sistem yang berfungsi, perkhidmatan yang boleh dipercayai dan hasil yang dapat dirasai dalam kehidupan seharian,” tegasnya.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak