13 lelaki ditahan dalam Ops Gempur Khas, positif dadah

SANDAKAN – Polis menahan 13 lelaki dan mengesan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Ops Gempur Khas Bil. 2/26 di Bukit Nenas dan Setinggan Batu 3, di sini, pada malam Selasa.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam kenyataan memaklumkan operasi itu dijalankan pada 6 Okt dengan melibatkan lapan lelaki daripada Ops Gempur Khas, seorang menerusi Pondok Polis (PPK) Suan Lamba dan empat oleh BSJD Daereh Sandakan.

“Empat lelaki pula ditahan kerana memiliki dadah mengikut Seksyen 12(2) akta sama, manakala tujuh lagi disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta berkenaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif amphetamine dan methamphetamine,” menurut kenyataan itu, pada Rabu.

Menurut kenyataan itu lagi, daripada jumlah berkenaan, dua lelaki turut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan pengedaran dadah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak