110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

DARO – Seramai 110 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) berpeluang menyerlahkan bakat dan potensi masing-masing menerusi penganjuran Karnival Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Zon Tengah 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, penganjuran karnival tersebut bukan sekadar medan pertandingan, malah menyediakan ruang yang selamat untuk golongan istimewa itu membina keyakinan diri serta mengetengahkan kebolehan mereka.

“Karnival ini banyak membantu dalam usaha mencungkil bakat, menggilap potensi serta membina keyakinan diri murid pendidikan khas.

“Di sinilah tempat mereka diraikan dan diberi peluang seluas-luasnya untuk menyerlahkan keistimewaan masing-masing,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis penangguhan karnival anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong, pada Rabu.

Safiee menjelaskan, agenda pemerkasaan pendidikan khas merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan MBPK mendapat peluang pembelajaran, kemahiran dan sokongan yang sewajarnya.

Tambahnya, sokongan berterusan amat penting bagi meningkatkan keupayaan golongan berkenaan untuk berdikari dan seterusnya mampu menyumbang kembali kepada pembangunan masyarakat.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak sentiasa memberikan perhatian serius terhadap usaha memperkukuh pendidikan khas di negeri itu, merangkumi pelaburan dalam aspek prasarana, latihan, pembangunan profesionalisme guru, serta pelaksanaan pelbagai program khusus untuk MBPK.

Sebagai rekod, penganjuran karnival itu melibatkan penyertaan murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah dan menengah, serta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro, Mukah dan Sibu.

Sebanyak lima acara telah dipertandingkan sepanjang karnival tersebut iaitu petanque, nyanyian, tarian ala Bollywood, kolaj dan dekorasi kek.

Related Posts

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan merampas 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan, bernilai RM55,079.20, menerusi serbuan serentak di tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat