Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

BERA – Seorang lelaki cedera dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali ketika operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar, dekat Tasik Bera, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari di Kampung Lubuk Tambangan itu ketika sekumpulan masyarakat Orang Asli berkumpul dan didakwa cuba menghalang penguat kuasa menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, sepasukan penguat kuasa diketuai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menjalankan operasi di kawasan berkenaan.

Katanya, ketika operasi berlangsung, sekumpulan masyarakat Orang Asli melakukan provokasi dan cuba menghalang tindakan penguatkuasaan yang sedang dijalankan.

“Dalam kejadian itu, seorang orang awam cedera selepas dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali. Anggota penguat kuasa UPNP yang menjalankan operasi turut menerima ugutan supaya tidak meneruskan tindakan penguatkuasaan di kawasan berkenaan,” katanya, lapor Berita Harian.

Zulkiflee berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Siasatan juga, katanya, dijalankan mengikut Seksyen 186 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

“Polis tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan lain akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membantu dan melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

Zulkiflee turut menasihatkan orang ramai supaya memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu kelancaran operasi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghalang mana-mana agensi kerajaan yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan berkenaan,” katanya.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz