Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memperketat kawalan keselamatan di lapangan terbang menerusi empat langkah segera bagi tempoh enam bulan akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu merangkumi saringan bersasar berasaskan risiko, mengetatkan kawalan kad akses, saringan terhadap kakitangan penerbangan serta peningkatan kehadiran pasukan keselamatan di semua terminal.

Menurut beliau, kedua-dua kementerian telah diamanahkan untuk melaksanakan langkah berkenaan pada 17 syor penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan di pintu masuk antarabangsa negara yang dibahagikan kepada tiga fasa.

“Bagi fasa pertama, tumpuan diberikan kepada langkah jangka pendek untuk tempoh enam bulan bermula Ogos lalu sebelum pelaksanaan fasa seterusnya.

“Langkah pertama ialah pelaksanaan segera saringan bersasar berasaskan risiko dengan memberi tumpuan kepada destinasi penerbangan yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi berdasarkan data dan kes, sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan.

“Destinasi yang kerap berlaku insiden penyeludupan, termasuk Indonesia dan beberapa destinasi lain, dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Bagi penerbangan keluar (outbound) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pemeriksaan fizikal penumpang akan dilaksanakan secara menyeluruh serta pemeriksaan bagasi 100 peratus,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PN Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai status terkini pelaksanaan 17 syor penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan keselamatan, saringan serta pengurusan risiko di KLIA dan pintu masuk antarabangsa negara.

Saifuddin berkata, langkah kedua membabitkan kawalan kad akses di KLIA yang lebih ketat kerana ketika ini, kad akses dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan dengan tempoh sah laku lima tahun melalui proses e-vetting.

“Untuk itu, tempoh sah laku itu dicadangkan dipendekkan kepada dua tahun dan tertakluk kepada pembaharuan. Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengeluarkan pas harian bagi akses ke kawasan terminal.

“Kawalan akses berkenaan dilihat sebagai antara langkah yang boleh diperketatkan dengan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata, langkah ketiga pula membabitkan saringan terhadap kakitangan penerbangan termasuk juruterbang, kru kabin dan kakitangan pengendali darat.

Jelasnya, saringan dadah kini dilaksanakan seawal peringkat pra-pengambilan, selain semakan dengan pihak polis bagi mengesahkan sama ada calon mempunyai rekod atau sebaliknya. Pemeriksaan berkala dan secara rawak turut akan dilaksanakan terhadap kakitangan terbabit.

“Langkah itu, membabitkan kerjasama CAAM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Bagi langkah keempat, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan kehadiran pasukan keselamatan secara menyeluruh (omnipresent) dengan mengerahkan Batalion 19, Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun