Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, dalam landskap media ketika ini, cabaran utama kewartawanan bukan lagi sekadar mendapatkan berita, sebaliknya memastikan setiap maklumat disampaikan dengan tepat, lengkap dan sahih.

Menurut beliau, pengamal media perlu membina persepsi dan perspektif positif, terutamanya ketika penyebaran maklumat palsu semakin pantas menerusi media sosial dan kecerdasan buatan (AI).

“Perkembangan media sosial dan AI sejak beberapa tahun ini telah mengakibatkan penyebaran maklumat sama ada yang sahih mahupun palsu secara lebih meluas dan juga pantas.

“Dalam keadaan ini, peranan wartawan menjadi semakin penting. Peranan anda bukan sekadar menjadi orang pertama yang menyampaikan berita kepada orang ramai, malah menjadi mata dan telinga rakyat dalam menyemak dan mengesahkan.

“Pada masa sama, menyampaikan sesuatu berita dengan tepat dan jelas, tanpa sebarang manipulasi, salah tafsir, atau penyebaran tohmahan yang tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Anugerah Kecemerlangan media Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (AKe Media KPKT 2026) di Pavilion Hotel, pada Isnin.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, wartawan juga perlu memastikan setiap laporan bebas daripada unsur manipulasi, salah tafsir atau penyebaran tohmahan yang tidak benar.

Pada masa sama, beliau mengingatkan media membantu membina persepsi dan perspektif positif dalam usaha membangunkan semula negara, selain memastikan prestasi sebenar yang memberi manfaat kepada rakyat tidak tenggelam akibat persepsi negatif.

“Jangan, bagi prestasi kalah kepada persepsi. Prestasi kerja yang sebenarnya membawa manfaat kepada rakyat wajar ditunjukkan, bukannya persepsi negatif yang selalu merugikan.

“Marilah kita dan masyarakat sentiasa berbicara fakta dan bukannya bergantung kepada auta. Biar fakta, bukan auta bicara. Saya faham cabaran utama kewartawanan bukan lagi sekadar mendapatkan berita, tetapi memastikan setiap maklumat disampaikan secara pantas, tuntas, adalah tepat dan sahih,” katanya.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, media massa turut mempunyai peranan besar dalam pembangunan negara menerusi penyampaian maklumat kepada masyarakat, selain menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat serta membantu pertumbuhan ekonomi.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama erat antara media dan kerajaan semakin penting bagi membentuk ekosistem komunikasi yang lebih matang, bertanggungjawab dan berteraskan fakta.

“Media massa ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara, peranan besar dalam membina negara dengan menyalurkan maklumat kepada masyarakat, menghubungkan kerajaan dan rakyat, serta membantu pertumbuhan ekonomi.

“Justeru, kerjasama erat antara media dan kerajaan menjadi semakin penting, terutamanya dalam membina ekosistem komunikasi yang lebih matang dan bertanggungjawab.
​
“Saya dengan penuh tawajuh dan rendah hati mewakili Kementerian KPKT ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan dengan perasaan penuh bersyukur atas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan media,” katanya.

Related Posts

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara