Projek ECRL tidak terjejas ketika musim tengkujuh

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan yakin pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer (km) tidak akan terjejas walaupun musim Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh dijangka bermula bulan depan.

Menteri Pe

ngangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya yakin Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) sudah melakukan persiapan rapi dan mengambil kira semua faktor dan risiko yang ada terutama di negeri Pantai Timur.

Katanya, ia termasuk pembinaan landasan lebih tinggi terutama di kawasan berisiko bagi memastikan ia tidak mudah terjejas akibat banjir.

“Semua sudah diambil kira (dan) saya yakin mereka sudah membuat perancangan mereka dengan rapi (kerana), mereka tahu cuaca di Pantai Timur ini.

“MRL pun sudah ada pengalaman beberapa tahun, saya yakin mereka boleh membuat kerja mereka mengikut jadual,” katanya selepas majlis Menandatangani dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dan MRL di Kuala Terengganu, hari ini.

Sementara itu, Loke berkata, jajaran projek ECRL yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 72.93 peratus setakat September lalu.

“Tahap kemajuan memberangsangkan itu selari dengan jadual penyiapan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada Disember 2026, manakala jajaran rel antara Gombak dan Pelabuhan Klang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2027.

“Pembinaan projek ECRL di Terengganu juga lancar dan mencapai kemajuan 87.4 peratus setakat September lalu, sekali gus menjadikan negeri itu mencatatkan peratusan tertinggi dan mendahului di bawah projek mega berkenaan,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik