Kerajaan dijangka utamakan projek infrastruktur lebuh raya pada Belanjawan 2025

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka akan mengutamakan beberapa projek infrastruktur yang sebelum ini tidak pernah mendapat perhatian meluas pada Belanjawan 2025, 18 Oktober depan.

Penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim berkata, Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (Pikas 2030) yang dilancarkan pada September lalu membuktikan hasrat kerajaan untuk mempercepatkan projek pembinaan infrastruktur dengan memanfaatkan sumber daripada sektor swasta.

“Antara bakal projek penting yang dibangkitkan bawah Pikas 2030 termasuk Lebuhraya Kuantan-Singapura, projek pemanjangan Lebuhraya Pantai Barat (Banting-Nusajaya), Koridor Logistik Klang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Klang, dan Lebuhraya Pasir Gudang.

“Sehubungan itu, mana-mana satu daripada projek terbabit berkemungkinan akan disebut semasa pembentangan Belanjawan 2025 nanti,” katanya menerusi nota penyelidikannya, hari ini.

Dalam pada itu, Adam menegaskan, antara perkara lain yang berpotensi dibentangkan dalam Belanjawan 2025 adalah keputusan sama ada sistem transit aliran ringan (anggaran kos: RM16.7 bilion) atau sistem transit autonomi bertingkat (EART) (anggaran kos: RM7 bilion) akan dilaksanakan di Johor Bahru.

Menurutnya, projek berkenaan diramalkan selepas Kementerian Pengangkutan pada Mei lalu dijangka melengkapkan kajian berhubung cadangan EART di Johor Bahru pada Ogos, yang mungkin membuka ruang untuk kemas kini semasa pembentangan Belanjawan 2025.

“Dijangka juga akan ada perkembangan mengenai Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua di Pulau Pinang, dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan PLUS Malaysia secara rasmi memulakan perbincangan mengenai projek itu, Januari lalu untuk menangani masalah kesesakan trafik yang berlarutan di Seberang Prai.

“Antara syarikat yang berpotensi mendapat manfaat daripada projek-projek ini termasuk Gamuda, Sunway Construction, dan IJM Corporation, yang mempunyai rekod cemerlang dalam projek infrastruktur kerajaan manakala Gabungan AQRS dan Econpile mungkin muncul sebagai sub-kontraktor untuk projek berkenaan,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Adam menegaskan, pihaknya teguh berpendirian bahawa perbelanjaan pembangunan (DE) bersih bagi Belanjawan 2025 dijangka akan tetap berada pada paras tinggi iaitu sekitar RM90 bilion.

Daripada jumlah itu, dia berkata,
peratusan besar daripada peruntukan DE itu akan diketepikan untuk subsektor pengangkutan membabitkan projek-projek lebuh raya, pelabuhan dan kereta api.

“Pelaksanaan levi pelbagai peringkat ke atas pekerja asing yang akan dikuatkuasakan nanti mungkin mendatangkan beberapa isu.

“Kita berkemungkinan akan menghadapi tahap levi lebih tinggi sekiranya pengambilan pekerja asing lebih ramai,” katanya.

Related Posts

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, semua pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin juruwang automatik (ATM) dan Mesin Smart Recycler (SRM) di seluruh negara tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mengumumkan pemansuhan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor