Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi.

Pendekatan komprehensif itu diterapkan menerusi program Cultural Mapping – Voices of Old Kuching 2026 yang menghimpunkan komuniti, belia dan warga akademik bagi mengenal pasti serta mendokumentasikan khazanah warisan di lapan perkampungan Melayu di kawasan berkenaan.

Program yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu itu merupakan antara inisiatif di bawah Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menurut kenyataan rasmi UNIMAS, program pemetaan budaya berasaskan komuniti itu melibatkan pelajar pascasiswazah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), belia, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.

Inisiatif lapangan itu diketuai oleh Pensyarah Kanan Program Antropologi dan Sosiologi FSSK UNIMAS, Dr Nur Auni Ugong, dengan menggunakan pendekatan Participatory Cultural Mapping yang mengangkat peranan komuniti sebagai rakan utama dalam mendokumentasi dan mengesahkan warisan mereka.

“Pendekatan itu membolehkan warisan dilihat dalam konteks yang lebih luas, bukan sekadar bangunan atau tapak lama, tetapi turut merangkumi hubungan masyarakat dengan tempat, memori, budaya dan landskap yang membentuk identiti sesuatu komuniti.

“Kerja lapangan ini turut menjadi ruang pembelajaran hidup kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti, memahami kaedah penyelidikan partisipatori serta menghubungkan ilmu akademik dengan realiti kehidupan masyarakat,” jelas kenyataan itu.

Sepanjang program, peserta telah menjalankan pelbagai sesi bersama narasumber merangkumi pengumpulan data lapangan, pemerhatian, dokumentasi fotografi serta pemetaan lokasi yang mempunyai nilai sejarah dan budaya.

Pemetaan berkenaan meliputi tiga aspek utama iaitu warisan ketara, warisan tidak ketara dan warisan semula jadi yang merangkumi adat, makanan tradisional, sejarah lisan, sungai serta landskap setempat.

Dalam pada itu, penganjuran program ini turut mendapat sokongan kepakaran daripada ICOMOS Malaysia menerusi Presidennya, Faisal Abd Rahman, khususnya melibatkan aspek metodologi pemetaan budaya.

Antara hasil yang disasarkan menerusi inisiatif ini ialah penyediaan profil sejarah dan warisan komuniti, inventori aset warisan, pangkalan data yang sistematik serta dokumentasi sejarah lisan.

Sebagai rekod, inisiatif Voices of Old Kuching merupakan acara pemanas badan menjelang penganjuran Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik ICOMOS Ke-22 yang dijadualkan berlangsung di Kuching pada 17 hingga 24 Oktober ini.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

TEBEDU – Pembangunan sahsiah, tanggungjawab sosial serta penglibatan aktif golongan muda dalam komuniti menjadi fokus utama penganjuran Hari Belia St John Marie Vianney di Kampung Krusen Kranji, pada Sabtu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti