Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

SARATOK – Peruntukan lebih RM101 juta diluluskan bagi menaik taraf Tebingan Saratok atau Saratok Waterfront, sekali gus membuka ruang lebih besar untuk memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri memaklumkan bahawa peruntukan berkenaan telah diluluskan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bagi pelaksanaan projek berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, ADUN Krian, Friday Belik berkata, Saratok turut mempunyai potensi untuk memperluas produk pelancongan menerusi penerokaan kawasan sungai dan air terjun yang boleh dibangunkan sebagai tarikan baharu kepada pengunjung.

Menurutnya, usaha mengenal pasti lokasi berpotensi itu sedang diusahakan bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), sekali gus memperkukuh sektor pelancongan tempatan.

“Perancangan ini juga selari dengan usaha menjadikan Pesta Saratok sebagai acara tahunan yang bukan sahaja mampu menarik pengunjung, malah membuka peluang penjanaan pendapatan kepada masyarakat setempat,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Saratok 2026 di Pentas Utama Sri Kalaka, di sini pada Sabtu.

Friday berkata, penganjuran pesta berkenaan turut menjadi platform menyatukan masyarakat pelbagai kaum, selain menyediakan ruang kepada penduduk yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan untuk menjana pendapatan tambahan.

Katanya, usaha memperluas sektor pelancongan itu turut mengambil kira seruan Premier Sarawak ketika merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) di Betong pada 26 September lalu supaya masyarakat memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan pelancongan sebagai sumber penjanaan pendapatan.

“Sehubungan itu, selain meneroka potensi pelancongan, perancangan pembangunan ekonomi berasaskan pertanian moden turut diberi perhatian bagi memperluas peluang ekonomi kepada penduduk Saratok,” katanya.

Pesta Saratok 2026 yang berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober turut mengetengahkan kepelbagaian budaya masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti, termasuk perarakan ‘juntoi’ bagi masyarakat Cina, pertandingan pangkah gasing bagi masyarakat Melayu serta pertandingan karaoke yang melibatkan penyertaan semua kaum.

Related Posts

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

PENAMPANG – Golongan belia perlu diberi lebih banyak ruang meneroka seni dan kreativiti kerana bidang itu bukan sekadar hobi, malah mampu menjadi medium mengekspresikan identiti serta keunikan Sabah. Pengerusi Persatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah