Kedah dilanda banjir lagi, semua ‘hotspot’ dinaiki air

ALOR SETAR – Taburan hujan yang lebat sejak Sabtu lalu menyebabkan hampir semua lokasi ‘hotspot’ banjir di Kedah dilanda banjir kali kedua.

Di Kedah jumlah mangsa mula meningkat kepada 2,505 orang daripada 907 keluarga pagi ini berbanding 1,419 mangsa malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, hampir 114 lokasi ‘hotspot’ banjir di Kedah dilanda banjir. Kawasan itu membabitkan daerah Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu dan Langkawi.

Katanya, sebanyak 21 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka semula seperti di Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Baling dan Pendang.

“Terdapat lapan sungai di negeri ini melebihi paras bahaya dan yang paling kritikal sekarang adalah Sungai Anak Bukit di Kota Setar sehingga menyebabkan air melimpah ke jalan raya.

“Hujan lebat di hulu Sungai Padang Terap juga menyebabkan daerah Kubang Pasu dan Kota Setar turut dilanda banjir hingga menyebabkan PPS turut diaktifkan semula.

“Kini APM Kedah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk air pasang yang dijangka pada 18 hingga 20 Oktober ini. Jika kedaan ini bertambah buruk APM Kedah akan memohon bantuan dari APM negeri lain,” katanya.

Bagaimanapun Muhammad Suhaimi kecewa dengan segelintir penduduk terjejas banjir enggan berpindah ke PPS kerana bimbang keselamatan harta benda yang ditinggalkan di rumah selain beranggapan banjir akan surut dalam masa yang singkat.

Othman Yusop, 65, dari Kampung Alir Madi , Anak Bukit berkata, kejadian ini merupakan kali kedua rumahnya dilanda banjir walaupun beberapa minggu baru pulang dari PPS.

Katanya, habis peralatan rumah seperti perabut dan barangan elektrik rosak kerana gagal diselamatkan.

“Bagaimanapun kami sekeluarga reda sahaja kerana semua sudah suratan. Setiap kali hujung tahun musibah seperti ini pasti akan menghadapinya. Memang kami bercadang untuk pindah tetapi belum ada rezeki lagi,” katanya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan